A Wife in Distress (part2)
Assalamualaikum,
Selepas di renung dan di kaji , kami kesimpulan bahawa untuk menegak kebenaran hanya ALLAH SWT sahaja yang Maha Adil , yang Maha Berkuasa , Ya Rahman, Ya Rahim.
Bukan kami tidak tahu sebelum ini dan kami sentiasa berdoa dan memohon dari Nya supaya diberi perlindungan dari apa apa musibah tetapi kami juga leka dibuai oleh kebendaan dan perkara duniawi sehingga kami alpa. Maka sebagai makhluk yang lemah kami cuai untuk melaksana tanggung jawap kami sebagai ummat Islam dengan sempurna, lagi pun tiada seorang itu boleh melalui kehidupan tanpa mengharungi cabaran takdir dan dugaan dari ALLAH SWT. Maka kami harus akur dan memperbanyakkan amalan dan ibadat kami.
Keputusan Mahkamah baru baru ini yang amat mengecewa kami, maka untuk mengembalikan ketenangan, kami membuat keputusan untuk menunai Umrah dan ziarah makam Rasullullah yang amat di kasihi.
Umrah merupakan satu ibadat yang istimewa buat kami sekeluarga. Ia merapatkan kami kepada Allah SWT. memberi peluang untuk kami menunai dan memohon hajat Daripada Yang Maha Esa. Kami juga dapat ruang untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami anak beranak. Bagiku Umrah menjanjikan kebaikan dunia dan akhirat, keindahan percutian yang tidak dikecapi dilain tempat, dan kebahagian yang sukar di nikmati, ketenangan jiwa yang mendalam sehingga membuatku selalu merindui nya. Aku selalu menolak pelawaan keluarga untuk melancong ke Eropah dan Amerika dengan alasan ia memenatkan dan tiada apa yang penting buatku tapi aku tak pernah menolak untuk pergi menunai Umrah. Itulah keistimewaan Baitullah di Tanah suci Mekah dan Masjidil Madinah.
Lantas setelah keputusan disetujui, maka kami menempah tiket penerbangan melalui internet, serta hotel pengginapan di Madinah dan Mekah. Visa di uruskan olih Syarikat Citra travel yang banyak membantu. Kami sudah beberapa kali mengerjakan umrah jadi kami lebih suka membuat pakej sendiri, ia lebih jimat dan kami bolih memilih penerbangan dan hotel penginapan yang selesa. Bunyinya mudah tapi untuk mendapat tiket online bukan semudah itu, terutama kalau ingin tiket yang banyak dan menikmati tawaran tambang termurah. Kalau lebih dari sepuluh orang akan mendapat harga istimewa tambang kumpulan.
Pendik kata untuk menggurus pakej sendiri termasuk keperluan visa memang mencabar. Tapi Alhamdullillah semuanya hampir selesai cuma kami menunggu visa kami . Insyaallah kami berharap untuk berlepas ketanah suci tanggal 11 haribulan mei ini. Doakan supaya kami berjaya dan selamat pergi dan kembali dan mendapat rahmat daripada ALLAH SWT. Amin
Dr Su.
Insyallah saya akan sambung catatan saya tentang Umrah.
11 may tu on my birthday. wishing u selamat jalan Dr. semoga mendapat keberkatan dan ketenangan di sana.
ReplyDelete