Saturday, 4 June 2011

A Wife in Distress 4 : Surat Terbuka Kepada Tun Mahathir

Saya amat berbesar hati kerana ada antara saudara mara, rakan dan kenalan, serta pembaca budiman
sudi membaca blog saya  dan memberi komen dan kata kata yang memberangsangkan semangat kami.
Syukur Alhamdullillah usaha saya tidak sia sia.

Ramai bertanya kenapa baru sekarang saya siarkan surat ini walau ia di tulis 16 bulan lalu. Saya menulis surat ini ekoran keputusan mahkamah yang menjatuh hukuman bersalah terhadap suami saya walaupun dalam kes ini terang sekali banyak keraguan munasabah telah terbukti. Yang paling janggal adalah bila pihak pendakwa gagal mengemuka senjata bahaya yang konon diguna untuk mencedera mangsa terutama YAB Tun. Balang Spray yang konon diguna untuk menyembur tidak ada, cuma yang di bawa kemahkamah adalah balang spray berlogo PDRM yang diguna untuk ujian forensik.

.Saya  amat tertekan dengan keputusan mahkamah majistret, jadi menulis surat itu untuk menerang perkara sebenar dan jika boleh dibaca oleh YAB Tun alangkah baik. Tapi saya simpan surat itu kerana saya fikir kami dapat membuat rayuan dengan segera supaya kami boleh membersih nama kami. Tapi sangkaan kami meleset dan hanya sekarang selepas 15 bulan baru kami terima hukuman bertulis dari mahkamah dan boleh memula process rayuan kami.

Tapi ada lagi satu keputusan mahkamah yang sekali lagi mengecewakan kami yang meyakinkan saya supaya menyiar surat saya ini. Seperti maklum suami saya. Datuk Nik telah dituduh mencedera Yab Tun dan tiga lagi 4 tahun lalu. Datuk Nik telah menyerah diri ke ibu pejabat polis Negri Kelantan, dan di tahan reman selama 3 hari yang kemudian disambung selama 24 jam berakhir tepat pukul 12 tengah hari keesokan hari. Tapi pada hari tersebut pihak polis tidak membebaskan Datuk Nik tetapi menahannya selepas tamat tempoh reman selama lebih satu jam dibalai polis dan lepas itu dibawa dengan tangan digari menaiki kenderaan polis kemahkamah. Setiba dimahkamah dia ditahan dibilik tahanan polis sehingga dibawa berhadapan majistret yang memerintahnya dibebas dengan segera kerana sudah tamat tempoh reman. Kami atas nasihat peguam menyaman pihak polis kerana menahan kami secara tidak sah selepas tamat tempoh reman .Kami bukan nak mencari keuntungan tapi ingin menegak kebenaran.


Sekali lagi keputusan tidak memihak kepada kami. Semasa menjatuh hukuman Yang Arif Tuan Hakim yang bijaksana telah berhujah bahawa, ia menjadi kesalahan bagi polis menahan seseorong selepas tamat tempoh reman walaupun untuk seminit tapi dalam kes ini ia tidak bersalah kerana polis perlu masa untuk melaku kerja pentakbiran seperti mengambil cap jari dan lain lain. Tapi pada ketika dan masa polis menahan Datuk Nik, mereka tidak melaku apa apa kerja pentakbiran tetapi menahannya dan membawanya dengan tangan digari menaiki kenderaan polis dan ini menyebabkan kami tertekan dan tertanya tanya. Dia juga dibawa kemahkamah tanpa diberitahu sebab, seolah pihak polis bebas melakukan penahanan sewenang wenangnya.


Hujah Yang Arif Hakim yang bijaksana bahawa kalau keputusan memihak kepada plaintif sekali pun, beliau hanya akan mengena bayaran sekadar RM10,000 saja, walau jumlah yang dituntut jauh lebih banyak pada itu. Bagi saya jumlah yang disebut seolah untuk memperlekeh tuntutan kami. Maka keputusannya adalah lebih munasabah keputusan memihak kepada defenden yang merupa agen kerajaan dan kami dikena bayaran kos sebanyak RM60,000 yang perlu dijelas secepat mungkin. Seumpama sudah jatuh ditimpa tangga.


Tak lama lepas itu Kami sekeluarga berlepas keTanah Suci Mekah untuk menunai ibadat Umrah. Kami berserah kepada ALLAH SWT untuk menunjuk jalan yang benar dan inilah jalan yang saya ambil, Saya tawakal kepada Allah semoga tindakan saya direstuiNya. Insyallah.

No comments:

Post a Comment