Sunday, 28 August 2011






Datuk nik Sapeia telah di jemput untuk merasmi dan memberi ceramah di  beberapa Majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru, serta pihak sekolah di sekitar Parlimen Kuala Krai. Disetiap Majlis seramai antara 500 hingga 1000 penduduk sekitar kampong terdiri ibu bapa serta masyarakat setempat telah hadir untuk mendengar ceramah beliau dan memberi sokongan padu kepadanya.Beliau turut memberi sumbangan peribadi dan zakat kepada anak2yatim, ibu ibu tunggal serta penduduk yang daif. 
Setakat ini bermula bulan Mei hingga akhir Ogos beliau telah hadir di SRK Kg Kemubu di Dabong, SRK Manek Urai Baru, SRK Kg Telekong, SRK Brdal, SRK Bandar, SRK Yahya Petra, SMK Sultan Yahya Petra, SMK Keroh, SRJ C Yew Choy, SRK Chuchuh Putri, SRK Sungai Pas, SMK Kuala Krai dan Sekolah Poly Teknik Kuala Krai. Sekolah sekolah ini berada di sekitar Kuala Krai di kawasan Dabong, Manek Urai, Guchil, dan Mengkebang.


Bersama penduduk sekitar Kampung Kroh di Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh 
  
Pemberian Zakat dan bantuan Hari Raya di kampong Sungai Pas


Majlis pemberian zakat di Kampong Sugai Durian



Pemberian zakat semasa Majlis Solat Hajat Perdana di Kg Chuchuh Putri




Wednesday, 22 June 2011

Insentif untuk berpoligami dari PAS/ Insentive for Poligamy from PAS

Insentif Untuk Berpoligami Dari PAS.

Saya tertarik dengan tajuk berita yang terpampar dimuka depan akhbar Sinar Harian hari ini ' Insentif Poligami' dan ulasan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negri , Wan Ubaidah Omar yang dipetik  berbunyi " Poligami yang baik boleh menyelesaikan masalah armalah ( ibu Tunggal) yang anak ramai, namun ia mesti dilakukan dengan baik, mesti jujur dan berterus terang". Kerajaan Negri cadang beri imbuhan khas kepada suami yang tidak sembunyi perkahwinan berikutnya, tambah berita yang akan menimbul kegawatan dikalangan isteri isteri dan pertubuhan wanita.

Saya tidak tolak sebulatnya poligami kerana ia diharuskan dalam agama islam tetapi ada beberapa syarat untuk berpoligami. Pertama Si suami mesti layak dari segi keupayaan zahir dan batin. Dia mesti ada pendapatan tetap supaya dapat menyara hidup keluarga dengan baik. Dia mesti berlaku adil pada semua isteri dan membahagi hak isteri isteri secara adil, barulah dia boleh berpoligami.

Di Negri Kelantan suami berhak untuk beristeri kedua atau lebih tanpa meminta keizinan isteri yang masih ada atau istilah isteri tua. Di Negri lain di Malaysia kebenaran bertulis, dan tanda tangan isteri sedia ada untuk suami berkahwin semula, perlu sebelum suami dapat berkahwin buat kali kedua atau seterusnya. Jadi masalah sembunyi perkahwinan kedua tidak timbul, kecuali suami bernikah diluar negara atau di Kelantan. Jadi jika kita mahu ketelusan dari kaum lelaki bukankah lebih baik untuk menukar syarat dimana perkahwinan seterusnya wajib mendapat kebenaran bertulis atau secara lisan didepan Kadi dari isteri pertama.

Saya memang simpati terhadap nasib si armalah, tak kira anak ramai atau sedikit, dan saya alu alukan niat baik sesiapa yang ingin membantu mereka, meringankan beban mereka yang ketiadaan suami untuk berteduh terutama lelaki budiman yang secara ikhlas ingin memperisterikan mereka. Saya tahu niat kerajaan negri adalah kerana mereka prihatin kepada nasib ibu ibu tunggal dan patut dipuji.

Tetapi saya ada berberapa persoalan kepada YB Wan, yang utama adakah YB Wan sedia berpoligami , itu pun kalau Yb belum bermadu,. Saya rasa tak ramai wanita sanggup bermadu walaupun niat suami murni tapi kita takut dan kedekut untuk berkongsi kasih suami, kerana kita terlalu cinta terhadap suami. Kedua apabila diberi insentif , apakah kita pasti yang perkahwinan ini kerana ingin menolong secara ikhlas atau semata untuk mendapat imbuhan. Dan apakah nasib isteri kedua akan terbela selepas perkahwinan, kerana mereka mungkin akan ditinggalkan bila insentif sudah habis atau kerajaan negri sanggup memberi imbuhan berterusan supaya perkahwinan kekal. Jika pernikahan ini berlaku kerana ingin insentif adakah suami mampu untuk menyara keluarga barunya, kalau dia seorang yang berpendapatan tinggi dia tidak perlu diberi insentif. Apakah kerajaan boleh menentukan isteri kedua tidak dianiayai oleh suami dan keluarga barunya.  Maka pemberian insentif adalah perkara yang tidak wajar.

Jadi saya menyarankan agar kerajaan Negri mencari kaedah lain untuk menolong kaum wanita terutama ibu ibu tunggal. Pada diberi insentif untuk berpoligami, lebih baik golongan armalah ditolong secara langsung oleh kerajaan, dengan memberi bantuan kewangan , mengadakan tempat perlindungan untuk mereka yang memerlukan, mengadakan usaha untuk melatih dan memberi peluang kepada mereka untuk berdikari. Saya percaya bahawa ramai armalah akan berhati hati untuk berkahwin, mungkin ada dikalangan mereka yang serik untuk berkahwin lagi, takut untuk menerima kekecewaan sekali lagi. Jadi tidakkah lebih baik menolong kaum wanita ini dengan cara lebih terus kepada mereka, secara telus dan tidak melalui skim yang lebih menguntungkan kaum lelaki.

Saya percaya kerajaan PAS tidak akan bertindak sewenang wenang tetapi akan menkaji semula rancangan ini. Janganlah hingga bukan saja wanita armalah ditipu lagi tapi PAS juga mungkin ditipu oleh lelaki yang hanya mementingkan diri sendiri.

Bagi saya dan suami, Datuk Nik Sapeia, kami membantu wanita melalui derma dan zakat dan melalui persatuan ekasih, tapi terus terang saya istihar buat masa sekarang saya tidak sanggup dan tidak rela bermadu.

ASSALAMUALAIKUM..

Sunday, 19 June 2011

Selamat Hari Bapa/ Happy Fathers Day

Selamat Hat Bapa kepada semua Bapa Bapa.

Tiga hari lepas saya makan tengah hari bersama suami dan berapa rakan suami saya di Restoran Nasi Ulam di Kampung Kraftangan Di Kota Bharu. Secara berjenaka kawannya berkata semasa awal perkahwinan ibarat ada arus letrik dan magnet bila tangannya tersentuh isterinya, tapi sekarang isteri hanya tolaknya konon terlalu panas untuk berdekatan. Pemilik restoran yang dikenali sebagai Che Gu, kata dulu dia dipanggil sayang oleh isterinya, kemudian ayah, tapi sekarang dia dipanggil Ayah Tok pula, tak ada sayang atau darling lagi. Seolah rasa kasih sayang atau 'romance' telah diganti kerana dengan peranan keibu bapaan. Rupa rupa nya mereka masih memerlukan belaian manja si isteri, masih mahu berdampingan dengan pasangan walau pun sudah bergelar datuk. Mereka adalah lelaki biasa yang kalau dilihat secara rambang, sukar untuk kita membayangkan perasaan romantis mereka atau pun kita malahan anak anak mereka sukar membayangkan mereka mempunyai perasaan asmara dana. Jadi saya tersentuh dan berfikir, kita sebagai wanita yang mempunyai anak dewasa dan munkin seperti saya mempunyai cucu berasa segan malu dan malas untuk berromantik, tapi rupanya saya terlupa suami kita adalah kekasih kita yang satu masa dulu kita tak boleh berrenggang dan sekarang masih perlu di belai seperti dulu..

Jadi di hari untuk menghargai kaum Bapa saya menyaran agar semua isteri berusaha untuk mempastikan suami kita tahu yang mereka tetap disayangi, dihargai dan bahawa walau kita tidak akui jantung kita tetap berdegup laju bila kita bertentang mata,, perasaan kasih sayang tak pernah pudar tapi terus mendalam. Tapi untuk merasa saja tak mencukupi, kita perlu memberitahu suami kita sama ada dengan kata kata mesra atau dengan perlakuan kita yang membayangkan betapa kasihnya kita terhadap suami , paling tidak hantar sms cinta kepadanya. Insyaallah, suami pasti teruja dan rasa dikasihi, Sedikit pujian amat berguna sedikit kemesraan, sedikit gurau senda, saling sokongn menyokong , berkongsi suka duka, dan berkongsi malam bersama.

Jadi berilah hadiah Hari Bapa kepada Bapa anak anak kita dengan mengembalikan 'romance' ke kehidupann kita.


Happy Fathers Day to all the fathers out there.

A few days ago I had lunch with my husband and some of his friends at a restaurant in Kota Bharu, Restoran Nasi Ulam. His friend jokingly commented that there was once when ever he is nearly touching his wife, there will be electric sparks and magnetic pull to be even closer. Now many years on she will be more likely to push him away, the weather being too hot for close touch. Another friend , who is the owner of the restaurant, added that once he was darling and sweetheart, later he was referred to as daddy or papa, now he is grandpa , no more darling. Time is not kind to romance. Where there was romance and lovey dovey loving, now there are parenthood restrictions and responsibility and growing old and grandfatherly. However deep down, our men misses the old feelings, the touching and hugging, the  endearments that are rarely used now. Apparently they still want the caring and loving that they used to share, they still need the reassurance of love uttered regularly, they still need to be cuddled. These are ordinary men , growing on in years, not Romeos or lotharios, yet they still want to be wanted and loved openly. While we woman after a certain amount of growing up tend to shy away from open demonstration of love , our men seems to still yearn for romance. While we women prefer to be discreet, our men want  more obvious proof of our love. Most women like me after becoming a grandmother, seem to forget that our husband was once our lover, one that we want to be always closely together, and remember that men are really boys at heart.

So in honour of the day dedicated to Fathers we women should strive to ensure that our husbands, the father of our children, be aware of our love, our feelings for him, our respect for him and him alone.That although we are no longer youthful our heart still beat faster at the sight of him, and his gaze can still makes us melt, and our love had not faded but had increased over the years. We have to make him know by our words and deeds, tell him of our love, show him our love, or we can  sms our messages of love for him. Our husbands would be very thrilled to be felt loved and appreciated. We can share our love , our pain and joy , share the fun and amusement , support each other through the good and bad, be the best of friends and best of lovers.

So give the Fathers the best Fathers Day gift, the gift of yourself and bring back the romance to your live.

HAPPY FATHERS DAY TO MY BELOVED HUSBAND AND TO ALL FATHERS OUT THERE.

Tuesday, 14 June 2011

A Wife In Distress 5: To Love and Obey, not be Obedient

A friend ask me to comment on the latest issue that had raised a huge outcry especially among the woman’s groups, mainly The Obedient Wives Club and the advice given by the deputy president of the club. The is formed by members of the now banned Al Arqam, so it is not surprising to hear of the controversial objectives of the club, that is a woman’s sole duty is to please her husband and to do so by emulating a high class prostitute.

Al Arqam was a religious sect that promotes communal living and polygamy is openly practiced and most of the men have many wives and strangely enough all the wives live happily together. So it is not surprising that they set up such a club.  There is nothing wrong to be an ‘obedient’ wife, after all part of the marriage vows include to ‘ obey and honour ‘ clause. However in doing so a woman do not have to behave as a practicioner  of the oldest profession. This is an insult to all wives as marriage is not about pleasing the husband but it is partnership based on love not lust, although a bit of lust for each other can be exciting and enriching. Love for each other is increased when there is mutual respect and trust.  The couple should understand each other’s needs and feelings, and try to fulfil them.

After all that is said and done, marriage is a sacred institution, entered by mutual love and consent. It has to be nurtured and the couple should strive together to ensure that their marriage is always be enduring. They should always be lovers first, their love should always be of foremost importance, it must be worked at so that the love increases with time not otherwise. They must be the best of friends, as friends help each other and bolster each other’s ego. They share ideas thoughts and ideals. They must be work partners, either outside or in the home, helping to ease each other’s burdens. They must  understand and be understanding enough to give the other person some space and privacy even if they do almost everything as a couple.

A wife should try to look beautiful for her husband but not be a slut. Of course it would be a huge turn off to see a wife in tattered , baggy clothes and smelling bad. So wives should attempt to look good and smell nice for their husband and to be a bit sexy in bed will be appreciated. Of course a husband also should dress up for their wife or at least be clean and not stinky.

In all relationship, it is a two way situation, where there is giving and taking and reciprocating the other partner. It is not only up to the wife to ensure the marriage’s survival, but the husband role is equally important. The wife’s role is to make a house a home and the husband to be the provider, however now both roles are merged as most wives work as hard as the husband so they both share the burden of housework.
But if the husband wants a prostitute he should pay for it either in the sanctity of marriage or outside. If a man treat his wife as a prostitute he may really end with one. And if he wants a prostitute, no amount of work by the wife will change him. So give him his freedom to chase the prostitute, you will be better off without that kind of husband.

So again to the founders of The Obedient Wives Club, especially to Dr Rohaya, shame on you, you are a disgrace to all the women. You may practice polygamy, or be whatever you want to be but do not suggest to all decent wives that they need to be like a prostitute to keep their man. You also insult all the normal decent man as I know they don’t need a prostitute  to happy and satisfied. I know as I am married to such a man and as do all the women that I know of.

Saturday, 4 June 2011

A Wife in Distress 4 : Surat Terbuka Kepada Tun Mahathir

Saya amat berbesar hati kerana ada antara saudara mara, rakan dan kenalan, serta pembaca budiman
sudi membaca blog saya  dan memberi komen dan kata kata yang memberangsangkan semangat kami.
Syukur Alhamdullillah usaha saya tidak sia sia.

Ramai bertanya kenapa baru sekarang saya siarkan surat ini walau ia di tulis 16 bulan lalu. Saya menulis surat ini ekoran keputusan mahkamah yang menjatuh hukuman bersalah terhadap suami saya walaupun dalam kes ini terang sekali banyak keraguan munasabah telah terbukti. Yang paling janggal adalah bila pihak pendakwa gagal mengemuka senjata bahaya yang konon diguna untuk mencedera mangsa terutama YAB Tun. Balang Spray yang konon diguna untuk menyembur tidak ada, cuma yang di bawa kemahkamah adalah balang spray berlogo PDRM yang diguna untuk ujian forensik.

.Saya  amat tertekan dengan keputusan mahkamah majistret, jadi menulis surat itu untuk menerang perkara sebenar dan jika boleh dibaca oleh YAB Tun alangkah baik. Tapi saya simpan surat itu kerana saya fikir kami dapat membuat rayuan dengan segera supaya kami boleh membersih nama kami. Tapi sangkaan kami meleset dan hanya sekarang selepas 15 bulan baru kami terima hukuman bertulis dari mahkamah dan boleh memula process rayuan kami.

Tapi ada lagi satu keputusan mahkamah yang sekali lagi mengecewakan kami yang meyakinkan saya supaya menyiar surat saya ini. Seperti maklum suami saya. Datuk Nik telah dituduh mencedera Yab Tun dan tiga lagi 4 tahun lalu. Datuk Nik telah menyerah diri ke ibu pejabat polis Negri Kelantan, dan di tahan reman selama 3 hari yang kemudian disambung selama 24 jam berakhir tepat pukul 12 tengah hari keesokan hari. Tapi pada hari tersebut pihak polis tidak membebaskan Datuk Nik tetapi menahannya selepas tamat tempoh reman selama lebih satu jam dibalai polis dan lepas itu dibawa dengan tangan digari menaiki kenderaan polis kemahkamah. Setiba dimahkamah dia ditahan dibilik tahanan polis sehingga dibawa berhadapan majistret yang memerintahnya dibebas dengan segera kerana sudah tamat tempoh reman. Kami atas nasihat peguam menyaman pihak polis kerana menahan kami secara tidak sah selepas tamat tempoh reman .Kami bukan nak mencari keuntungan tapi ingin menegak kebenaran.


Sekali lagi keputusan tidak memihak kepada kami. Semasa menjatuh hukuman Yang Arif Tuan Hakim yang bijaksana telah berhujah bahawa, ia menjadi kesalahan bagi polis menahan seseorong selepas tamat tempoh reman walaupun untuk seminit tapi dalam kes ini ia tidak bersalah kerana polis perlu masa untuk melaku kerja pentakbiran seperti mengambil cap jari dan lain lain. Tapi pada ketika dan masa polis menahan Datuk Nik, mereka tidak melaku apa apa kerja pentakbiran tetapi menahannya dan membawanya dengan tangan digari menaiki kenderaan polis dan ini menyebabkan kami tertekan dan tertanya tanya. Dia juga dibawa kemahkamah tanpa diberitahu sebab, seolah pihak polis bebas melakukan penahanan sewenang wenangnya.


Hujah Yang Arif Hakim yang bijaksana bahawa kalau keputusan memihak kepada plaintif sekali pun, beliau hanya akan mengena bayaran sekadar RM10,000 saja, walau jumlah yang dituntut jauh lebih banyak pada itu. Bagi saya jumlah yang disebut seolah untuk memperlekeh tuntutan kami. Maka keputusannya adalah lebih munasabah keputusan memihak kepada defenden yang merupa agen kerajaan dan kami dikena bayaran kos sebanyak RM60,000 yang perlu dijelas secepat mungkin. Seumpama sudah jatuh ditimpa tangga.


Tak lama lepas itu Kami sekeluarga berlepas keTanah Suci Mekah untuk menunai ibadat Umrah. Kami berserah kepada ALLAH SWT untuk menunjuk jalan yang benar dan inilah jalan yang saya ambil, Saya tawakal kepada Allah semoga tindakan saya direstuiNya. Insyallah.

Friday, 3 June 2011

Family Album

I was searching for some pictures to post when I came across these photos of Datuk Nik and I taken with Yab Tun Dr Mahathir Mohamad and Yab Tun Dr Siti Hasmah Ali taken in 2004 when we made a courtesy call on Yab Tun at Yayasan Perdana, Petrajaya. I also came some photos taken in Langkawi when we presented the Prime Minister the Bahtera Purba, a boat that we built in Kelantan using our master craftsman  and fashioned after ancient sailing boats that may have sailed in local waters. The boat was seaworthy and we sailed it around Peninsula Malaysia from Kelantan to Langkawi for the presentation.  It is now on display in the Galleri Perdana in Langkawi. Sadly it is no longer in the water and we heard that it is no longer seaworthy. But that is history, What goes up must come down.

Datuk Nik and Tun Mahathir  at Yayasan Perdana.

Tun Mahathir, Datuk Nik, Tun Siti Hasmah and Me

Happy Memories, From the Family Album